Tiktok Live Kdb Talk “Tips Keselamatan Di Internet”

29 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2024, telah diadakan sesi Tiktok Live KDB Talk Mengenai “Tips Keselamatan di Internet” di saluran Tiktok Live. Sesi live ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi Live KDB Talk ini telah disampaikan oleh staf PEDi kepada pengguna tiktok yang lain. Staf PEDi memberi penerangan mengenai keselamatan di Internet untuk topik penipuan di Aplikasi WhatsApp. Selain daripada itu, Staf PEDi memberi penerangan mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk menghindari daripada menjadi mangsa penipuan dan mangsa yang dituduh sebagai penipu, dalam penggunaan Aplikasi WhatsApp. Di samping itu juga, staff PEDi turut memberi tips keselamatan agar semua berwaspada dengan kenalan atau ahli keluarga yang telah menukar nombor telefon bimbit dan menghapuskan nombor telefon yang tidak lagi digunakan di Aplikasi Whatsapp.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali